LAPORAN PROGRAM IOS 15

INSPRING OUR SOUL 2015

CHEONGPYEONG, 21-22 MAC– Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmatNya program ‘iOS 15-Inspring Our Soul’ anjuran AMIR Korea Selatan telah berjaya dilaksanakan selama 2 hari 1 malam bertempat di Cheongpyeong Donghae Minbak (청평동해민박). Seramai 43 orang peserta lelaki Muslim telah berjaya menghadiri program yang telah dirangka khas terutamanya para pelajar lelaki Muslim batch 15 yang baru sahaja menjejakkan kaki di bumi sonata ini. Sebelum ini, program ISK (Ini Sejarah Kita) telah menjadi salah satu program tahunan AMIR Korea sebelum diberi nafas baru pada tahun lepas iaitu iOS (Inspiring Our Soul).

Antara objektif utama program ini dilaksanakan ialah untuk membina hubungan silaturahim serta ukhuwah antara pelajar lelaki Muslim yang berada di Korea Selatan serta memperkenalkan AMIR Korea kepada para junior di samping membentuk individu Muslim yang mempunyai kefahaman terhadap Islam secara menyeluruh berdasarkan 10 muwasafat tarbiyyah.

Sepanjang 2 hari 1 malam telah berlangsung pelbagai slot serta aktiviti yang melibatkan penglibatan para peserta. Antara aktiviti aktiviti yang berlangsung ialah slot ‘ice breaking’ ,’indoor games’ serta ‘outdoor games’ yang memberi peluang kepada para pelajar untuk berkenal kenalan antara satu sama lain disamping merapatkan hubungan silaturahim. Pada sebelah petang pula telah diadakan sesi riadah serta BBQ.

Antara penambah baikan program ini untuk masa hadapan ialah untuk memperbanyakkan penglibatan pelajar di samping merangka aktiviti aktiviti yang lebih menarik untuk mencapai objektif utama program. Diharapkan program ini sedikit sebanyak dapat menyemai nilai ukhuwah dalam kalangan peserta serta para peserta memahami kepentingan mengamalkan nilai Islam serta membentuk individu Muslim yang memahami Islam secara keseluruhan.

 

Disediakan oleh,

MUHAMMAD MUHAIMINUL HAKIM BIN JAMALUDDIN

SETIAUSAHA

INSPRING OUR SOUL 15

]Galeri IOS 15

Advertisements