Laporan Program iOS 15 (Akhwat)

28 march 2015

INCHEON, 21-22 MAC- Alhamdullilah, pertamanya pihak Amir Sister mewakali muslimah organisasi Amir Korea ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmatNya program iOS pada tahun 2015 telah berjalan dengan lancarnya yang bertempat di Ssangdungi Pension, Incheon selama 2 hari 1 malam. Sepanjang program tersebut berjalan seramai 42 orang peserta muslimah telah mendaftarkan diri sebagai peserta yang akan mengikuti program yang buat julung kalinya diatur khususnya kepada pelajar wanita batch 15 yang baru sahaja tiba di bumi Seoul, Korea Selatan.

Sepertimana yang telah dirancangkan sebelum ini, tunjang utama program ini diaturkan bukan sahaja untuk membawa adik-adik batch 15 kepada pengenalan Islam sebenar dan mengukuhkan lagi kefahaman mereka terhadap Islam tetapi, ia juga merupakan program yang dirangka khas untuk menjalinkan hubungan rapat antara pelajar senior dan junior muslimah di bumi sonata ini iaitu melalui program Inspiring Our Soul (iOS).

Oleh itu, sepanjang 2 hari 1 malam program ini diadakan pelbagai slot berkisarkan pengenalan dan sejarah Islam berserta aktiviti- aktiviti luar yang melibatkan penglibatan peserta telah di aturkan. Para peserta bukan sahaja dapat memperoleh pengetahuan mengenai sejarah Islam dan pengukuhan rohani malah mereka jugak telah bersama-sama melakukan aktiviti fizikal melalui aktivti permainan yang telah diaturkan ketika sesi riadah berlangsung. Secara tidak langsung melalui program pemantapan rohani ini, para peserta yang terlibat berpeluang untuk saling kenal mengenali.

Setelah tamat program iOS ini kami melihat beberapa perkara harus lebih dititikberat untuk menambahbaikan lagi program ini terutamanya bagi mencapai objektif utama program iOS ini. Antaranya, memberi tumpuan lebih kepada aktiviti dan pengisian yang bakal disampaikan kepada para peserta dan mengajurkan program di tempat yang lebih menarik supaya pada masa akan datang, lebih ramai lagi peserta yang ingin menyertai program seumpama ini.

 

Disediakan oleh,

NurBalqisJamaludin

NUR BALQIS BINTI JAMALUDIN

SETIAUSAHA

INSPIRING OUR SOUL 2015

Galeri IOS 15 Akhwat

Advertisements