Enta kuat berjalan

الناس معادن، خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيّةِ خِيَارُهُمْ فِي الإِسْلاَمِ. إِذَا فَقُهُوا

 

 “Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliah terpilih juga mereka ketika Islam, sekiranya mereka faham”. (sahih Bukhari)

 

 

Bosan.Shafiq membaca hadith yang tertulis dalam buku notanya. Hadith yang disalinnya ketika berbulatan gembira minggu yang lalu. Fikirannya mula bersayap dan mula terbang ke awangan. Mula dia terfikirkan apakah logam yang ada pada dirinya. Hadith yang seringkali di terangkan menggunakan kisah Umar Al khattab. Di mana ketika Umar belum menjadi muslim dia sangat bengis dan ditakuti orang. Setelah memeluk islam bengisnya tetap ada tetapi diguna ke jalan yang benar. Menjadi pembela dan penguat umat islam tatkala umat islam masih sedikit dan ketakutan. Itulah logam atau kebolehan dan potensi Umar ketika jahiliyah dan setelah dia memahami islam.

 

Cemburu.

 

Fikiran Shafiq terus tenggelam dalam lautan tanda tanya dan ingin tahu. ” Jelesnya dengan Haris, dia pandai berkata-kata. Boleh dia bagi daurah bagi talk semua..hmm apa aku boleh buat?”..hatinya bertutur sendiri. Mula dia membuka laptopnya. Menggerakkan tetikus riang menghalakan cursor membuka laman sosial facebook. Dia melihat wall kawannya penuh dengan gambar-gambar yang diedit kemas dengan ayat Al-quran. ” hmm pandai Irsyad ni tangkap gambar. Dia guna untuk berdakwah pula..jelesnya..” Hatinya berbicara lagi.

 

Gambar-gambar pada wall facebook kawannya itu di like satu- persatu. Dia kembali ke bahagian News Feed.  25 minit yang lalu kawannya Hazim  telah berkongsi satu link blog. Blog itu habis dibaca. ” kalaulah aku mampu nak tulis blog macam Hazim kan best .bole ak berdakwah dengan menulis“.terkeluar spontan dari mulutnya. Shafiq terus melayari internet. Ditutup laman sosial facebooknya. Dia mula mencari bahan-bahan tambahan untuk berusrah pada esoknya. Sudah dihadam bahan asas untuk disampaikan pada anak usrahnya, kini dia mencarik bahan-bahan tambahan pula sebagai bekal.

 

Esoknya..

Dengan lafaz bismillahi tawakkaltu a’lallah. Walaa haula wala quwwata illa billah, Shafiq melangkah keluar rumah. Tak sabar dia ingin menyampaikan bahan pengisian kepada anak usrahnya. Sedang dia berjalan tunduk memandang bawah kerna menjaga pandangan pada perempuan korea yang kurang sopan pakaiannya pada musim panas itu, dia terlanggar sahabatnya Bukary. Kebetulan menghala ke arah yang sama, mereka berjalan bersama. Mereka bersahabat fillah. Berbuallah mereka tentang perihal agama sambil berjalan.

 

Mungkin hadith yang dibaca semalam masih lagi pekat di fikirannya, Shafiq terlepas kata spontan dari mulutnya tatkala mereka rancak berbicara. ” Bukary, ana rasa down sket semalam baca hadith logam..entahlah ana tak jumpa apa logam dalam diri ana ni.Orang lain petah berkata-kata, pandai fotografi dan pandai menulis..ana tak tahu pandai apa..sobs”. Tenang Bukary melihat wajah sahabatnya. Perlahan bibi Bukary mengukir senyum berbicara.” Enta takde logam?? Eheh..bergurau ape ni Shafiq. Meh ana cakap sikit. Sekarang ni anta nak pergi mana ni? Usrah kan?”.

 

Actions speak louder than words.

 

Shafiq mengangguk. Bukary meneruskan bicara ” kalaulah yang pandai menulis tu logam tembaga, enta ni logam emas tau tak. Yang menulis tu berdakwah guna kelebihan pena dan masa je. Enta berdakwah ni kerah masa, tenaga, duit dan keringat nak kesana sini” kata Bukary dengan semangat . Enta tak engat ke dulu kalau ana jumpa enta tengah jalan mesti enta tengah otw pegi shoping laa, pegi lotte world laa, pegi everland laa mcm2 lagi laa. Tapi sekarang bile jumpa enta tengah jalan, mesti enta nak pegi usrah laa, daurah laa, rehlah laaa dan macam-macam yang baik tujuannya” Bukary berhenti seketika. Tersenyum. ” Enta tau,enta suka berjalan, itulah logam enta. Kalau dulu jalan enta ke tempat takde pekdah, sekarang enta berjalan lakukan kerja dakwah. Yang enta lakukan  dakwah fardhiah ni tak semua orang nak buat tau. Bergembiralah wahai sahabatku”  Bukary mengakhiri bicaranya dan mereka berpisah disitu kerana menaiki bas berbeza arah.

 

Berjalan seorang diri. Shafiq tersenyum. Mula sedar akan logamnya. Dia mungkin bukan seorang yang petah berkata-kata, tidak pandai menulis panjang, tidak juga pandai fotografi tetapi dia pandai berbuat. Dia cergas bergerak kesana kemari berdakwah mentarbiyah anak-anak usrahnya.  Dia adalah man of action. Kerna jika banyak bercakap dan menulis belum tentu banyak yang dibuatnya. Islam tidak tersebar tanpa peluh dan debu. Jika tiada orang yang sentiasa bergerak cergas berdakwah, hanya menulis, hanya berkata-kata..islam tidak akan tersebar. Shafiq terus bergerak ke tempat usrahnya sambil berdoa kepada Allah supaya di tsabatkan (baca: tetapkan) hatinya di jalan Dakwah. Tersenyum lagi 🙂

 

Itulah kisah seorang ikhwah kuat berjalan.

 

 

Sumber : http://saeedowairanmisnan.blogspot.kr/2013/07/enta-kuat-berjalan.html

 

Advertisements