LAPORAN PROGRAM ‘ROAD TO RAMADHAN’

DONGYANG MIRAE UNIVERSITI

16 MEI 2015

Alhamdulillah,dengan segala syukur ke hadrat Ilahi kerana atas segala nikmat dan kurniaan-Nya program ‘Road to Ramadhan’ telah berlansung dengan jayanya pada 16 Mei 2015 bertempat di Dongyang Mirae Universiti.Program ini telah disampaikan oleh Ustazah Nina Syazmeen binti Mohd Din yang merupakan seorang peserta daripada program Ustazah Pilihan Musim Pertama dari Malaysia.

Seramai 64 orang peserta muslimah yang terdiri daripada para pelajar yang berada di Korea Selatan serta pelajar dari program pertukaran pelajar di universiti sekitar Seoul telah menghadirkan diri ke program ini.Program ini telah berlangsung dari jam 1.30 petang sehingga jam 5.30 petang,dan telah dibahagikan kepada dua slot iaitu slot perkongsian dan sesi soal jawab.Selain itu,sebanyak 5 buah booth jualan telah dibuka pada hari tersebut.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang ibadat puasa dengan lebih jelas serta persiapan dari segi ibadat yang boleh dilakukan bagi menyambut kedatangan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Antara pengisian yang telah disampaikan oleh ustazah adalah mengenai ibadat puasa yang meliputi pelbagai aspek seperti definisi puasa,hukum puasa,jenis-jenis puasa,kepentingan berpuasa dan banyak lagi.Di samping itu,ustazah turut berkongsi antara beberapa isu semasa yang berkaitan dengan ibadat puasa. Sesi soal jawab yang diadakan selepas perkongsian telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan peserta.

Dengan berakhirnya program ini,pihak Amir Sister mewakili muslimah daripada organisasi Amir Korea berharap agar para peserta dapat memanfaatkan  ilmu yang diperolehi serta menghayati  sepenuhnya bulan Ramadhan sebagai bulan ibadat.

Disediakan oleh,

NURUL NAAFIZAH BINTI NORDIN

SETIAUSAHA PROGRAM

‘ROAD TO RAMADHAN’

Galeri Road to Ramadhan

Advertisements