Laporan Program JomLer 2016

on

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya program JomLer dapat dijalankan dengan lancar. Program JomLer yang diadakan pada hari sabtu 5hb Mei merupakan program berupa explorace yang disertai oleh pelajar lelaki dan perempuan Malaysia yang menetap di Korea. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim diantara para peserta yang terdiri daripada pelbagai bangsa disamping dapat mengamalkan gaya hidup sihat. Program ini telah disertai seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada pelajar malaysia muslim dan non-muslim yang menetap di korea. Pendaftaran bermula seawal 9 pagi dan peserta telah diberikan muffin dan air mineral sebagai sarapan.

Program bermula pada pukul 10 pagi setelah menunggu ketibaan semua peserta. Program dimulakan dengan bacaan doa daripada saudara Ahmad Aizuddin dan diikuti dengan taklimat ringkas daripada saudara Rahman. Sesi pertama bagi peserta lelaki dimulakan dengan pertandingan mencabut gelang yang dipasang di pergelangan tangan setiap wakil kumpulan. Kumpulan yang berjaya mencabut gelang akan diberi peta dan arahan untuk ke checkpoint seterusnya. Terdapat 5 checkpoint yang terletak di sekitar kawasan Dongyang Mirae University dan peserta diminta untuk pergi ke checkpoint tersebut dan menyelesaikan tugasan yang diberikan di setiap checkpoint. Setiap checkpoint hanya akan menerima 2 kumpulan sahaja. Setelah kesemua kumpulan telah selesai menyelesaikan tugasan kesemua checkpoint, mereka telah berkumpul di bangunan 3 B3 untuk sekali bertanding dalam permainan terakhir yang diberi nama alkagi. Manakala bagi peserta perempuan pula program telah dijalankan di sekitar Yoiedo Park. Para peserta dikehendaki  untuk menyelesaikan tugasan di kesemua 5 checkpoint yang terletak di sekitar Yoiedo dan pemenang akan ditentukan menerusi markah tertinggi.

Penyampaian hadiah bermula pada pukul 4 petang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada saudara Akmal diikuti dengan ucapan ringkas daripada pengarah program saudara Amir Isham. Penyampaian hadiah dinulakan dengan pemenang bagi pertandingan story yang diadakan sepanjang bulan April. Seterusnya program diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi program Jomler. Pemenang tempat pertama telah menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak 100,000won dan tempat kedua pula adalah sebanyak 60,000won bagi kategori lelaki dan perempuan. Setelah majlis penyampaian hadiah peserta telah dijamu dengan nasi lemak berlaukkan ayam goreng bagi makan tengahari. Majlis telah bersurai pada pukul 5 petang.

Sepanjang program tersebut para peserta telah memberikan kerjasama dan komitmen sepenuhnya bagi melancarkan program. Antara harapan Amir Korea ialah para peserta dapat menjalinkan silaturrahim sesama peserta yang menetap di Korea Selatan di samping mengamalkan gaya hidup sihat yang menjadi tuntutan bagi seseorang individu.

Advertisements