KENALI, BUKAN MENGHUKUM

Assalamualaikum, dimulakan dengan ucapan bismillah.

Saya tertarik hendak menulis artikel mengenai kenali bukan menghukum. Kenapa?

Islam merupakan agama yang indah, damai dipenuhi dengan kasih sayang.

Tetapi pernah tak kita terfikir kenapa ramai yang takut atau kurang mengenali Islam? Kenapa juga ramai yang anti dengan budak-budak usrah ni?

Kita lihat situasi ini sebagai contoh:

– Jemah upload gambar dekat facebook tetapi tidak menutup aurat tiba-tiba seorang hamba Allah ni komen:
“Ya Allah sis, tayang rambut dekat fb tu nak kena bakar api neraka ke?”
“Tudung mana tudung sis?”

– Upin tunjuk gambar selfie dengan artis Korea di Seoul:
“Ya Allah xda faedah nya pergi concert tu, membazir duit memalukan Islam!”
“Cuba belajar dekat mesir ke jadi ustaz!”

– Ali tunjuk dia live streaming main dota:
“Ya Allah ni jahiliyyah ni! Masa lapang tu cuba baca quran.”

Pasti kita semua pernah jumpa kan? Pernah tak kita terbayang disebabkan komen-komen kita, atau kata-kata kita menyebabkan orang lain semakin lari dari islam? Betapa zalimnya kita, disebabkan akhlak kita yang dikatakan ‘kenal agama’ menyebabkan orang lebih menjauhi Islam?

Sebab itulah tajuknya KENALI BUKAN MENGHUKUM, ramai diantara kita suka menghukum dan jarang mengajak rakan kita kenali Islam itu sendiri. Ceritakan tentang syurga Allah, balasan baik di akhirat, akhlak nabi, apabila dibaling batu kita membalas dengan bunga. KENALI ISLAM itu sendiri, kenali Pencipta kita.

Suatu ketika ada seorang Arab badui ditanya: “Bagaimana engkau bisa mengenal Tuhanmu?”

Dia pun menjawab: “Telapak kaki, menujukkan adanya orang yang berjalan. Kotoran, menunjukkan adanya unta. Bukankah alam raya ini menunjukkan ada penciptanya yang Maha Perkasa lagi Maha Agung?”

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ ۗ أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ ۗ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Sesungguhnya Rabb kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas ‘Arsy; Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Rabb semesta alam. [ Al-A’raf : 54 ]

Sebagai muslim/muslimah, kita ajak kawan-kawan kita kepada kebaikan, hari ini dia hidup dalam kejahilan, hari esok siapa yang tahu kan? Kita tidak mampu untuk memberi hidayah kepada kawan kita, hanya Allah yang memberikan hidayah, siapalah kita untuk menghukum sedangkan kedudukan kita di akhirat pun belum pasti.

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?”

InshaAllah, sama-samalah kita merenung kembali dan betulkan niat kita mengajak orang kepada kebaikan, mengenali dan bukan menghukum.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s