Kenali AMIR Korea

 

Aspiring Malaysian Rijal atau lebih dikenali sebagai AMIR merupakan sebuah persatuan mahasiswa muslim Malaysia di Korea. AMIR menggalas aspirasi yang tinggi untuk melahirkan Rijal iaitu pemuda atau mahasiswa Malaysia yang cemerlang intelektual, mapan sahsiah, tinggi nilai dirinya bagi membawa misi sebagai seorang muslim. Persatuan ini asalnya ditubuhkan pada 28 April 2002 di Tokyo International Exchange Center, Odaiba. Kini setelah 15 tahun ditubuhkan, AMIR telah meluaskan sayapnya hingga ke Korea dan juga China. AMIR Korea berhasrat untuk menjadi sebuah persatuan yang memberi manfaat kepada masyarakat mahasiswa di Korea, samada dari aspek pendidikan, pembinaan insan, kekeluargaan dan kebajikan, sama seperti persatuan lain iaitu PPMK, KUK, ISMA Korea, dan lain-lain. AMIR Korea berharap sedikit sebanyak dapat membantu dan dapat berkerjasama dengan persatuan lain di Korea Selatan ini, bagi melahirkan mahasiswa Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

 

VISI

* Melahirkan individu yang mempunyai kefahaman Islam yang syumul (menyeluruh).
* Membentuk mahasiswa soleh dan musleh yang mempunyai:

1. Akidah yang sejahtera
2. Ibadah yang sahih
3. Syakhsiah yang mapan
4. Cergas tubuh badan
5. Cemerlang intelektual
6. Teratur dalam urusan
7. Menjaga masa
8. Mampu berdikari
9. Kental menghadapi cabaran dan
10. Bermanfaat kepada orang lain

MISI

* Mewujudkan ruang di kalangan mahasiswa untuk saling mengenali, memahami dan bekerjasama.
* Memberi peluang kepada semua mahasiswa melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti berpersatuan.
* Memupuk bakat kepimpinan mahasiswa.
* Menggalakkan aktiviti ibadah secara perseorangan dan berpersatuan.
* Menyemai semangat ukhuwah Islamiyah sesama muslim.